Allah bagi apa yang aku PERLU ...

Aku tak akan membenci dan aku juga ta akan mengalah .

Pada aku keputusan yang aku dapat aku berpuas hati .
Mungkin orang sekeliling dah cukup untuk nasihatkan aku dengan keputusan itu .
Tapi bagi aku ketenangan tu aku belum dapat selagi ibu dan ayah tak redha dengan keputusan aku .
Lepas dapat result call ayah . Ayah senyum dan ayah terima . Ayah still stay kat depan sekolah nak tunggu aku balik . Aku cakap , jangan tunggu . Balik dulu . But no . 
Ayah still tunggu . Dia risau dengan keputusan aku yang macam tu takut aku buat benda bodoh .
Angah waras lagi ayah :)
Semua orang relaxkan aku . 
Malunyaaa . Hehe .
Helmi datang dekat dia tanya result aku .
Tapi aku amik dia punya , aku punya dia amik . Sengal .
Even kalau tengok A dia memang menang la . 
Bila dia check balik dia cakap aku menang . 
Banyak aku punya lebih meningkat daripada dia .
Haha . Aku tahu dia cuba tenangkan aku .
Thanks Helmi .
Aku suruh Fy amik kat rumah .
Bila sampai rumah . Terus masuk bilik .
Senyap-senyap benda nie mengalir . 
Tiba-tiba rasa perit sangat dada nie .
Sakit sangat rasanya .
Kenapa macam nie ? Kenapa aku ?
Ya Allah ....
Allah je tahu apa yang hati aku rasa .
Bila ibu balik , semuanya habis .
Mana ada ibu yang ta sedih tengok anak dia dapat keputusan yang macam tu .
Bebel ? Ofcourse . But aku terima . Salah aku .
Aku yang ta serius jawab exam . Main - main .
Jujur dengan ibu . Minta maaf . Masuk bilik . Mengalir lagi .
Za ! Bangun laaa . Dalam bilik air pun jadi . Tak kuat rasanya kaki nie .
Seharian tak makan . Tapi ayah faham . 
Semua orang yang nak terbaik . 
Lepas balik kerja , everything fine . Alhamdulillah .
Nangis ? Sebelum tidow . Lepas call kakak . Alhamdulillah .
Cuba untuk bangkit daripada masa lalu .
Mungkin rezeki bukan di sini . 
Aku percaya Allah beri sesuatu yang aku perlu untuk masa hadapan aku .
Aku percaya Allah takkan beri sesuatu untuk aku gunakan ke arah negatif .
Bila aku dah tetapkan hati . Aku terima pendapat semua .
Aku tahu aku takkan kuat tanpa Allah .
Aku takkan ada semangat tanpa ayah dan ibu , kakak , adik .
Kejayaan aku ada di masa hadapan . InsyaAllah ....


*Tahniah buat sahabat ku FAZLIN :)*
*Tahniah juga buat kawan-kawan yang lain*
:)

Bila aku nak rindu semua nya ?

Tajuk tu macam soalan kan ? 

Hmm ... eh eh ? Assalamualaikum semua :D
Sihat semua ? Alhamdulillah . Diri ini semakin sihat dan sihat :D
Okay . Dengarnya result akan diterima minggu depan .
Aku sekarang berteman rapat dengan Redha :)
Alhamdulillah . Aku redha dengan setiap perancanganNya .
Risau tu mestilah ada tapi kita dah usaha . Dah doa .
Jadi bertemanlah cepat dengan redha dan syukur .
Bersyukur dengan setiap apa yang diberiNya .
Jadi pada tarikh tu juga aku akan berjumpa dengan kawan-kawan lama .
Sahabat . Cikgu . Pokok . Sekolah . Kerusi Meja . Dewan . Kantin . 
Perhimpunan . Bendera . Koperasi . 
Haihhh Za ! Banyak betul yang kau rindu .
Jadi Jadi aku kena sabar untuk tarikh tu . 
Tarikh terima result dan juga dalam masa yang sama berjumpa dengan mereka .
Lagi-lagi si Farhana nie :)
Rasanya last jumpa dia aritu masa jumpa kat Jusco . 
Still kurus , pendek . HAHAH XD
dan semestinya Eswari aku :D
Rindunya kat dia :'(
Cikgu Hidayati , Bebudak 5SN3 :')
*tak boleh sambung* 
*Sedu-sedu dah nie*

Assalamualaikum semua :)

MAC

Bulan Mac adalah bulan yang menakutkan untuk semua pelajar-pelajar 
tingkatan 5 tahun 2012 . 
Mana taknya , dijangkakan 20/3/2013 result SPM akan dikeluarkan .
Apa yang mengejutkan ialah :
Aku tak ready ! 
YA ALLAH :( 
Seluruh tubuh nie menggeletar sangat - sangat .
Mana taknya , dengan keadaan macam huru - hara masa exam dulu .
Mungkin ke sesuatu result yang cemerlang tu akan tercapai ?
Huh ! Doa !
Ibu dengan ayah selalu pesan .
Doa . Jangan lupa . Solat .
Itu yang selalu aku buat . 
Tapi who knows right ? 
Kadang-kadang impian tu susah nak menjadi kenyataan .'
Yakin laaa Nurul Nazeera Isa .
Setiap usaha , akan ada hasilnya . 
InsyaAllah :)

InsyaAllah

Cari masa untuk orang yang aku sayang . 
Ayah , Ibu , Kakak , Adik :)
ZADLEA :) 
KAWAII :)
Cepatlaa membesar . 
Berdoa untuk kesempurnaan di masa hadapan .

*bisik*

Talk like Besfriends 
Play like Children 
Argue like Husband and Wife
Protect each other like Brother and Sister 

*bisik*

Alhamdulillah . ZADLEA ♥


Tengok ni ! 
Haaaaa .... Kami dah setahun ♥
Sahabat itu saling menguatkan .
Itu yang aku faham bila bersama mereka .
Susah senang . Suka duka .
Gaduh kitaorang memang kejam - kejam .
Kalau tak gaduh macam tak syok laa kan ?
Tapi dengan dorang , aku kuat .
Kuat untuk jalani masa-masa yang mendatang .
Kami ada prinsip . Kami juga ada cita-cita .
Kalau boleh biarlaa kami berjaya bersama-sama .
Kadang-kadang aku berimpikan kejayaan kami sekuat 3 IDIOTS :D
Bukan mudah untuk mengekalkan sesebuah persahabatan .
Tapi bagi aku , tak ada kepercayaan , tak ada kesetiaan , tak ada kefahaman .
Takkan ada persahabatan yang kukuh macam nie .
Kadang-kadang antara kami ada yang mengalah .
Tapi semua tu perlu . Untuk persahabatan yang hebat .
Kadang-kadang tu juga ada yang merajuk tak kena tempat .
Ada yang marah ta pasal-pasal .
Ada yang banyak songeh . 
Macam-macam laa . Tapi tu kan memori :)
Memori dalam persahabatan .
Terima Kasih 
Kerana sentiasa ada disaat memerlukan :)
InsyaAllah . Ukhuwah kita selamanya 

Happy Birthday untuk Fazlin !
Semoga sentiasa di rahmati dah di berkati :)


*copy Cik Lynie yang comel*

Sampai bila-bila

PERFECT !

ALHAMDULILLAH :)
Akhirnya . Semuanya ada untuk hari nie . Sambut Birthday Ayien :)
Sambut anniversary ZADLEA :)
Sangat sweet . Dahlaa banyak gila coklat .
Banyak jajan . Kek . Roti jala mak Lynie buat :3 
nyumyyyy ! Lepas tu pulak time hujan :3
Seronok je layan karenah Amir dengan Amin .
Lepas tu cerita pasal kitaorang .
Ketawa . Funny sangat .
Macam mimpi pulak bila semua ada untuk ZADLEA :3
Bila semuanya dapat berkumpul macam dulu . Seronok sangat .
In Shaa Allah :)
Antara kami akan berpisah untuk mencari haluan pelajaran , hidup , kerjaya .
Tapi itu semua kan sementara cuma . 
Dengan harapan kejayaan dan kecemerlangan itu menjadi kekuatan bahawa persahabatan kami nie tiada putusnya .
Setia hingga hujung nyawa ! 
Tiada khianat dan dengki . 
Semoga semuanya sentiasa manis macam coklat-coklat yang kitaorang makan tadi .
Hahahah :)

Itu kau tapi bukan aku

ALLAH itu sebaik-baik perancang . 

Jadual aku kini lebih padat . 
Bulan nie je aku malas nak amik cuti dah .
Cukup 2 kali hari selasa aku cuti .
Lepas ni biar aku kerja je .
......................................................................................................................
Kerja ~ Kerja ~ Kerja ~
Rasanya cara macam tu boleh puaskan hati semua orang agaknya .
Aku nie manusia biasa .
Ada rasa penat . Ada rasa letih . Bukan robot .
Kalau rasa diri tu dah mampu untuk beli semua yang kau nak , move on !
Tapi aku tak . Kena usaha . 
Kalau boleh semua benda aku nak beli dengan cash . Ta nak ada hutang .
Guna duit sendiri . Baru rasa puas . Menyesal pun tak .
Faham ta bila ada perasaan sedih tu bila dicampur dengan geram ?
Penat tak layan orang yang asyik dia je nak menang ?
Letih tak bila bercakap dengan orang yang tak pernah nak mengalah ?
Penat tak bila asyik kita je mengalah ?
"Aku okay. Aku tak kesah. Okay."
Sampai bila ? Hidup nie berbeza .
Kau kaya . Aku tak . 
Kau sempurna. Aku tak .
Kau hebat, Aku tak .
Kau mewah . Aku tak .
Kadang-kadang aku tertanya aku nie masih manusia atau tidak .
Kadang-kadang tu iman aku goyah .
Hati dan perasaan , masing-masing nak menang . 
Buntu ! Semua benda aku kena uruskan.
Bila aku marah , akan ada yang terasa hati .
Habis perasaan aku nie ?
Aku janji , aku cuba tunaikan .
Tapi kalau bila terdesak ? Aku terpaksa mungkirkan .
Korang pun pernahkan macam tu ?
Tak semua benda kita janji kita boleh tunaikan .
Ada benda juga kita kena tangguhkan .
Letihlaa bila setiap kali ada je masalah . 
Kadang-kadang aku terpaksa mengalah .
Aku tahu bukan aku kalah .
Cuma aku kena sedikit berundur . Supaya aku tenang .
Sampai masa mereka juga akan melalui . 
Akan lalui hidup yang sukar . 
Hidup yang penuh dengan rintangan . 
Akan rasa apa yang aku rasa . Mungkin lebih .
Akan rasa erti kesusahan . 
Akan rasa diri dipinggirkan . 
Akan rasa diri ini dipergunakan .
Akan terpaksa mengalah.
Dunia nie pinjaman . 

*Sekadar copy daripada rakan blogger* 

Tak Nak.....

Tidak ! ! !

Beribu kali aku mintak pun mesti takkan dapat .
Mestilah aku sedih bila dah kena tukar shift pada tarikh yang aku betul - betul belum sedia .
1/02/2013 merupakan hari lahir ibu .
Mana mungkin aku sedia untuk masuk petang .
Lepas tu aku dapat tahu pagi-pagi lagi .
Lepas dia wish Good Morning .
Aku nak senyum sorang-sorang pun rasa macam nak nangis pun ada .
Huaaa ! 
Kes kedua pulak tak dapat join majlis kenduri doa selamat untuk Dinie :(
Ya Allah :( Rindunya dekat ZADLEA !


Bingkisan Rabu :)

" TIDAK ADA INSAN SUCI YANG TIDAK MEMPUNYAI MASA SILAM 

DAN
TIDAK ADA INSAN YANG BERDOSA TIDAK MEMPUNYAI MASA HADAPAN "

....................................................................................................................

Aku simpulkan kat sini . 
Hidup ini kaya dengan segala-galanya . 
Allah yang turunkan semuanya . Bagi kesemua yang kita perlukan .
Jadi manusia jangan suka mengkritik orang lain .
Aku sendiri belajar daripada kesilapan masa lampau .
Siapa kita nak kritik kehidupan orang .
Setiap manusia mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing .
Aku ingatkan pada diri sendiri .
Berfikir sebelum bertindak .
Kalau ta tahu nak buat apa , lebih baik berdiam diri .
Ingat ! 
Allah adalah sebaik-baik perancang :)
Jangan menduga sesuatu yang kita ta tahu .
Dan ta semestinya kita ketahui semuanya .
Adil itu jawapannya . 

gemuknyaaaa =.=

Assalamualaikum semua :)

Breath in , breath out ^_^
Dah lamanya tak hirup udara segar .
Asyik duduk di tempat ada aircond je .
Kejang kaki aku lama - lama dengan kesejukan .
Arghh ! Ta sabarnya nak masuk petang .
Nak bangun lewat-lewat . Nak oti hari-hari kat tempat kerja .
Nak menabung banyak-banyak :D
huaaaaa ! Seronoknya . Lupa orang lain . Sakitkan perasaan sendiri .
Huaaaa ! Seronok ke ? errr =,=
Buka Lynie dengan Ayien punya blog .
Banyaknya dorang bebel kat situ . Dan aku dengan setia membaca :D
Baik kan aku ?
Okay . Tak . Tak . 
Sebenarnya aku rindu .
Rindu sangat . Tapi masa tak ada .
Sangat tak ada untuk semua orang .
Kadang-kadang terasa juga yang ada menjauhkan diri . 
Ye ke ? Bukan aku ke menjauhkan diri ?
Hari tu dapat hug Alya :D *malunya*
Al cakap aku dah kurus =,=
Aku rasa makin gemuk adalah . 
Arghhh ! Tak sukanya macam nie =.=
That's why sekarang nie memang aku ta sabar nak masuk petang XD
Nak jog setiap pagi dengan Iera Sairi . 
Kat kawasan rumah pun okay what kan ?
Si keding tu lagilaa aku rindu .
Huaaaa ! :(
Kakak :3 Bila tah dia nak balik JB . 
Asyik ada program je kat Pahang .
Buzy macam duduk kat US je . Malaysia lagi laa kakak :3
Tapi kakak promise raya cina nanti kakak balik :3 
Hewhew ^_^ 
Shopping laaa kami nampaknyaaaaaa !
Yeahhhhh :3 

aku ....

Serabutnya kepala aku nie :(

Kenapa ? 
Kalau laa masa tu boleh di undurkan .......
Aku nak balik pada saat itu juga .
Tapi siapa aku untuk buat semua tu ?
Itukan sebahagian daripada pengajaran hidup .
Aku bosan . Aku rimas . Aku ta boleh .
Dia . I'm happy with him :)
Until now..... 
Walaupun hidup dengan bayang - bayang dia ...
Masihkah aku ini ada dalam hati dia ?
lalalalalal =,=

jangan

Boleh tak biarkan yang dah berlalu macam tu je ?

Boleh tak aku putarkan balik jarum jam tu ?
Boleh tak aku bunuh sorang sorang yang telah sakitkan hati aku ?
Boleh tak aku caci maki orang yang ta geti hargai aku ?
Astagfirullah ...
Siapa aku ? 
Aku tak pernah nak tahu apa kau buat ? Dengan siapa kau sekarang ?
Dan aku langsung ta nak tahu sebab kalau aku tahu aku sakit hati .
Jadi , selagi aku bernafas , hati aku nie milik Allah :)
Hati aku tenang dengan cintaNYA :)

Biar aku sorang-sorang .
Jangan kau ambil tahu lagi .
Sejak hari tu , aku dah tutup semuanya .



usaha doa tawakal

Bukan cara aku menceritakan segala keburukan sekarang .

Bukan juga cara aku kini untuk sedarkan seseorang dengan cara marah-marah .
Mungkin aku lebih matang . Tapi aku lebih takut menyakiti daripada di sakiti .
Okay ? Faham ?
Dah . Lepas nie ta ada masa untuk mereka .
Hanya keluarga sekarang nie . Semua aku buat nie untuk keluarga aku :)
Alhamdulillah . Aku lebih selesa begini . Mencari ketenangan dengan cara tersendiri .
Bukan aku bagus sangat . Bukan juga aku baik sangat . 
Tapi kini aku cukup berjaga-jaga . 
Dah ta ada lagi rasa kepercayaan pada sesiapa .
Kawab baik sendiri pun dah tak ada .
Keras sangat ke hati aku nie ?
Mereka ta boleh menilai aku ke ? Atau aku takut menerima pendapat manusia sekeliling ?
Entahla . Aku tahu kepercayaan itu penting . Kesetiaan itu kena .
Tapi kalau setiap kali kepercayaan dan kesetiaan aku dipermainkan , ada lagi ruang untuk aku percaya dan setia kembali kini ?
Ya Allah ....
Aku akui setiap perbuatan dan perkataan aku dulu sememangnya sangat sukar di mengerti maksudnya .
Bukan aku yang kini menjauhkan diri . Cuma aku sendiri malas untuk berusaha mempercayai mereka .
Tidak lembut lagi ke hati aku kini ?
Berdoa laa . Itu yang aku selalu pohonkan . Agar hati ini tak pernah mati pada jalan yang benar :)
Kalau aku gagal sekalipun bukan mereka yang menentukan takdir itu . 
Usaha , Doa , Tawakal .
 Bukan ke ini kunci utama ? 

Buzy !

Assalamualaikum semua :) 

Waaaa ! Penatnya ! 
Minggu depan lagi penat .
Dah start kerja masuk petang :( 
Tapi ..... tapi ... tapi ....
Pagi-pagi lagi dah kena tolong ibu kat sekolah sampai 10.30 .
Rehat kejap kat rumah .
Lepas tu setiap hari amik oti pukul 12 sampai 11 malam :)
Gila ta penat kan aku ? 
Huaaaa ! 
Nak buzy punya pasal , nak lupakan orang - orang tertentu punya pasal .
Sampai macam tu sekali aku mencari rezeki Allah :)
Alhamdulillah . In Shaa Allah semuanya akan baik - baik sahaja :) 
Untuk keluarga tersayang juga :)

He is a part of my life :)

31.12.2012 
Berakhirnya tahun 2012 dalam kehidupan manusia hari ini .
Tapi hari ini sepanjang 8 jam aku bekerja muka aku ni murah dengan senyuman 
sampai ke telinga .mana taknya . Dia buat aku terkejut .
Luluh hati aku ni haa .
Hahaha XD 
Tengah sibuk aku buat kerja tetiba ada sapaan dari belakang :)
"Apa khabar ?"
Ya Allah :) Terkejut aku . Mana taknya . Semalam dia datang . Tapi aku dah balik .
Seriously , aku terlalu merindui diri dia :)
Kalau waktu kelas agama tu . 
Malu - malu nak masuk . Farhana kat sebelah asyik ketawa je tengok aku . 
Sengal kan ? Haihhh . Tapi dia tu la satu - satunya kawan baik lelaki yang aku boleh percaya .
Rahsia aku . Sakit aku . Sihat aku . 
Setiap hari dia akan tanya 'apa khabar?'
Kadang - kadang boring juga .
Tapi bila dia ta tanya tu macam something lain yang aku rasa .
Terima Kasih Bushukkk ^_^ 

Rindu Cikgu !

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah :) 
Tadi jumpa Puan Hidayati kat tempat kerja .
And i'm so excited . Peluk cikgu kuat - kuat .
Ya Allah . Rindu sangat dengan cikgu .
Mana taknya kalau kena stay petang - petang dengan cikgu memang happening gila .
And yang paling best cikgu ingat WAFYZAIRA :D
Wawa , Fy and Syira XD
Kitaorang seriusly rindu sangat nak gelak - gelak dengan cikgu :)
Cikgu kirim salam kat semua anak murid dia . 
Cikgu tak lupa . hehehe 
WAFYZAIRA !
Cikgu ajak date ! Nanti kita jumpa cikgu together kay ? 
Sekada berkongsi kegembiraan :)

belum lagi

Assalamualaikum semua .

Hari nie betul - betul ujian dan cabaran untuk aku .
Mulanya rasa macam nak berhenti kerja je .
Kena tegur dengan bos pun ta sampai macam tu .
Nasib baik bos aku baik sangat dengan semua pekerja .
Dia percaya dengan pekerja - pekerja dia .
Tapi tadi . Memang betul - betul buat aku down .
Ya ALLAH .
Aku sangka aku dah cukup kuat untuk lalui dunia luar .
Rupanya tak . Masih belum matang . Masih menangis .
Aku terus tutup telinga bila kejadian tu berlaku .
Ta tahu apa yang aku harus lakukan .
Ucapan Astagfirullah ta henti - henti dari bibir aku .
Cukup takut .
Pertama kali mengalami kejadian macam nie .
Ta sabar rasanya nak balik nak jumpa ibu ayah time tu .
Menangis semahunya di stor tadi .
Ta tahu apa nak buat . 
Kalau ada ibu mesti ibu akan peluk aku kuat - kuat time tu untuk hilangkan rasa takut aku .
Tapi , itulah namanya cabaran . Dugaan .
Allah menguji , kita menerima . 
Bukan ke cabaran itu menguatkan kita pada masa hadapan .
Jadi , aku kena kuat . 
Sekadar berkongsi cerita . 
Semoga ALLAH permudahkan segalanya :)
Aminn .

Ragam

Alhamdulillah . Dah dua minggu aku bekerja . 
Seronok ! Rasa macam nak lebih lama lagi mengenali susahnya mencari rezeki .
Haaa . Cerita pasal nie kan . Aku nak kongsikan sesuatu .
Semua orang lebih mengenali aku dengan seorang yang kadang - kadang garang . 
Kadang - kadang mood macam hape !
Okay . Mood kena laa faham . Tapi kadang - kadang aku yang ta faham dengan mood aku sendiri .
Haaa . 
Okay . Bila kena berhadapan dengan semua orang nie . 
Semestinya daripada atas sampai bawah penampilan kena jaga kan ?
Tapi bagi aku . Kekemasan itu penting dan make up ? No way ! 
So , bila aku berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai ragam nie , makin buat aku rasa berkeyakinan .
Yelah . Bukan senang nak terapkan keyakinan diri sampai kena senyum setiap masa kan ?
Tapi itu aku . Manusia . 
Semuanya penuh ragam . Dan itu yang aku alami sekarang . Pada mulanya aku juga rasa malu .
Aku bukanlah manusia yang sempurna kecantikannya . 
Tapi aku bersyukur aku di tempatkan di sesuatu tempat yang tidak mengira kesempurnaan yang sempurna . 
Bagi mereka semuanya sama . 
Aku juga tidaklaa sebijak mana . Namun aku bersyukur dengan kelebihan yang aku ada .
Orang kata Senyuman itu menguatkan keyakinan . 
Tipula aku kata dalam dua minggu aku bekerja nie aku tak pernah jatuh .
Mestilah . Kena tegur dengan bos pun pernah taw . Hahah XD
Tapi aku kena belajar daripada kesilapan . Yelaaa .
Takkan nak jadi bodoh sombong pula kan ?
And yang paling aku tak sangka . Aku sempat berbual dengan abang bas nie . 
Korang tahu , dia sempat lagi mendoakan untuk aku . 
Maksud aku dia bagi semangat . Wow ! Betul juga cakap abang tu .
Bila dah ada duit nanti jangan sampai lupa nak sambung belajar . 
Dan serta merta aku semakin matang dalam berfikir . 
Aku kena tahu aku sekarang sudah membesar dalam satu dunia dewasa .
Dunia yang penuh dengan sifat dan karenah manusia .
Kadang - kadang kawan yang sehari dua nie lagi bererti buat kita daripada 
kawan yang dah lama mengenali kita .
Korang setuju ?
Allah !
 Dah panjang post kali nie . 
Aku undur diri dulu ye . 
Next post banyak lagi cerita dan ragam yang akan aku kongsikan untuk semua .
Sekadar berkongsi dunia baru :)

Hidup :)

Punya insan istimewa ta semestinya merasai kebahagiaan itu sepenuhnya .

Kadang - kadang jiwa ta sama dengan perasaan sebenar . 
Allah itu Maha Melihat .
Semestinya kita akan di uji dalam kehidupan .
Berakhirnya satu hubungan ta bermakna kita akan mati pada ke esokkan hari .
Siapa kata rindu itu tak pernah hadir . 
Dalam keadaan aku yang semakin hari semakin mendiamkan diri .
Aku bukanlah mengharapkan dia hadir untuk aku .
Cuma mahu dia tahu siapa aku kini .
Bukan aku yang dulu . Bukan aku yang ta matang .
Bukan aku yang suka menangis . Tapi aku kini lebih mengenali pendirian aku .
Pendirian yang membuka minda .
Bukan untuk dia tapi untuk aku .
Kebahagiaan itu milik semua orang .
Aku bukan perempuan yang sekelip mata boleh merepek dan berjenaka .
Kini , aku lebih berhati - hati dalam berbual sesuatu topik .
Aku lebih suka mendiamkan diri dengan sesiapa yang 'sudah lama' mengenali aku .
Aku bukanlaa seorang yang suka berjenaka dan menerima apa sahaja lawak yang yang boleh menggembirakan aku .
Aku cuma mahu bezakan dan mengeksperimenkan diri aku dengan perasaan .
Aku kini lebih matang . Aku boleh berfikiran dewasa . Mungkin sifat aku bukan manja membuatkan aku lebih matang daripada kawan - kawan yang lain . 
Dalam berkawan mana mungkin semuanya berfikiran 'keanak - anakan' dan aku adalah satu - satunya yang akan menjadi dewasa . 
Kini , bukan mudah aku menangisi dan merajuk dalam sesuatu perkara bahkan aku menjadikan ia sebagai satu cabaran dan pengajaran dalam hidup seharian aku kini .
Menerima sesuatu dengan hati terbuka . 
Bukan untuk di tangisi malah untuk terus bangun . 
Meskipun di tinggalkan kini oleh orang yang melengkapi hari remaja aku .